Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA untuk penempatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 22 – 24 Jun 2026 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1 bagi ambilan di JPA. Calon-calon selain panggilan SPA juga boleh manfaatkan perkongsian ini. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Isi Kandungan
Nota Penting: Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W1 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada 30 Apr 2026 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W1.
Bagi anda yg dapat panggilan menduduki Peperiksaan Atas Talian Bagi Memasuki Perkhidmatan Negeri Terengganu Darul Iman bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W1 pada 02 Mei 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W1.
Jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir Kewangan W1 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Sebelum kita ke panduan temuduga jawatan ini, kita lihat dahulu sepitas lalu syarat lantikan, jadual gai dan senarai tugas seorang Pembantu Tadbir (Kewangan).
Sebagai info, gred jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) telah dinaikkan ke W1 berbanding sebelum ini di gred W17.
Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W1
Anda hendaklah mempunyai : Kewarganegaraan Malaysia; Umur 18 tahun atau lebih; dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Juga Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
- (Gaji awal bermula pada Gred W1 iaitu RM1,500.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Juga Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira).
- (Gaji awal bermula pada Gred W1 iaitu RM1,561.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua dalam bidang berkenaan.
- (Gaji awal bermula pada Gred W1 iaitu RM1,561.00); atau
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan).
- (Gaji awal bermula pada Gred W1 iaitu RM1,622.00).
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Tiga dalam bidang berkenaan.
- (Gaji awal bermula pada Gred W1 iaitu RM1,622.00).
Memperoleh Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Jadual gaji Pembantu Tadbir (Kewangan)
Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Tadbir (Kewangan); Gaji minimum – RM1,500.00 Gaji maksimum – RM4,034.00 KGT – RM100.00 Di samping elaun-elaun dan imbuhan lain yang layak diterima.
Senarai tugas Pembantu Tadbir Kewangan W1
Berikut adalah skop kerja atau tugas-tugas seorang Pembantu Tadbir Kewangan di sektor perkhidmatan awam.
- Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan menolong pihak pengurusan atau penyelia dalam kerja-kerja seperti berikut:
- Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
- Mengurus serta mengawal peruntukan.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
- Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berkaitan dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
Panduan Temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
Pada kali ini, tibalah giliran untuk kami kongsikan panduan temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1. Pertama sekali, anda sebagai calon harus mempunyai idea tentang kadar persaingan bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W1. Kenapa ianya penting? Pengetahuan kadar persaingan ini akan memberikan anda idea tentang berapa banyak usaha dan tenaga yang harus dicurahkan bagi mempersiapkan diri.
Jangan lupa, untuk selalu menyemak dan mengemaskini permohonan SPA9.
Usaha dan tenaga yang bagaimana? Ini bergantung kepada berapa banyak pesaing anda. Sekiranya tinggi, itu bermakna anda harus melengkapkan diri seteliti mungkin bermula daripada penyediaan resume yang menarik dan lengkap, asas temuduga perjawatan awam, pengetahuan khas berkenaan bidang tugas jawatan yang dipohon dan juga kemahiran menggunakan bahasa Inggeris.
Oh.. ya, sebelum itu, andai anda baru first time sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan pelbagai iklan kerja kosong terkini sekerap mungkin. Di samping pelbagai tips dan panduan kerjaya misalnya atrikel yang sedang anda teliti ini.
Statistik pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan)
Jadi kita mula dengan statistik pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 yang diambil daripada portal rasmi SPA. Jumlah permohonan yang diterima untuk mendapatkan jawatan ini adalah sebanyak 36 307, sementara calon yang terpilih untuk menjalani sesi temuduga adalah seramai 4 161 orang sahaja. Kalau berdasarkan jumlah kekosongan jawatan yang ada setakat ini yakni 220 tempat maka peratus peluang lulus setiap calon cuma setinggi 5.28% sahaja!
Baca juga : Soalan temuduga Pembantu Tadbir (PO) N1.
Ini adalah peratus peluang lulus yang amat rendah. Kadar yang baik adalah sekitar 30.00% (pada masa kini) dan ini tentulah bermakna usaha lebih mesti diambil untuk meningkatkan peluang anda lulus. Inisiatif perkongsian panduan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 kami di bawah diharapkan meninggikan sekurang-kurangnya lagi 5% – 10% kadar peluang lulus anda. InsyaAllah.
Penyediaan resume yang menarik dan lengkap
Biasanya, sesi temuduga memerlukan calon untuk menghantarkan resume bersama dengan dokumen asal dan salinan bagi kad pengenalan dan sijil-sijil akademik yang lain. Resume menjadi perkara wajib untuk setiap temuduga kerja sektor swasta mahupun awam.
Info tambahan : 44 faktor kegagalan dalam temuduga kerja
Untuk lebih pasti tentang keperluan penyediaan resume ini, sila berhubung dengan pihak SPA melalui talian telefon yang disertakan di dalam surat / emel panggilan temuduga anda. Sekiranya ia memang diperlukan, resume yang disediakan hendaklah dalam format yang betul dan mencakupi keseluruhan keperluan yang dikehendaki. Untuk merujuk cara menulis resume yang betul, kami galakkan anda membaca Panduan Menulis Resume Diri Komprehensif.
Asas temuduga perjawatan awam
Berita baik yang anda perlu ketahui mengenai sesi temuduga adalah terdapat bahagian-bahagian wajib di dalam temuduga yang jarang berubah dan stereotaip dalam di antara satu temuduga dengan temuduga yang lain. Jadi bahagian ini memang mudah untuk diskor sekiranya diketahui oleh para calon. Bahkan inilah salah satu daripada peluang anda untuk menaikkan lagi peratusan lulus untuk terpilih menjawat jawatan berkenaan.
Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU interview
Antara bahagian wajib yang disoal di dalam setiap sesi temuduga kerja kerajaan adalah seperti memperkenalkan diri, alasan memilih kerja kerajaan, kenapa anda layak diberikan jawatan ini dan beberapa soalan lagi. Untuk senarai lengkap soalan-soalan wajib temuduga kerja kerajaan dan juga skema jawapan yang sesuai, boleh rujuk Panduan Temuduga Kerja Kerajaan.
Soalan temuduga Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 mengenai bidang tugas jawatan yang dipohon
Soalan seterusnya yang akan diajukan kepada para calon adalah berkenaan pengetahuan khas mengenai bidang tugas sebagai seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W1. Pihak kami berani katakan, tidak lebih daripada 60% daripada calon yang dipanggil menyediakan diri di dalam bahagian ini. Ini juga peluang yang anda mesti rebut. Sebagai seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W1, anda seharusnya pernah mendengar ‘Akta Acara Kewangan 1957’, ‘Arahan Perbendaharaan’ dan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’. Cuba cari dan baca kandungan ‘Arahan Perbendaharaan’ seperti di bawah:
i. Bab A
- Prosedur Kewangan.
- Kumpulan Wang Disatukan.
- Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan.
- Pindah Peruntukan Dan Anggaran Tambahan.
ii. Bab B
– Prosedur Perakaunan.
Bahagian I : Mengawal Terimaan, Bayaran dan Menyimpan Wang Awam
- Am.
- Terimaan.
- Bayaran.
- Panjar.
- Kebankrapan.
- Cek dan Draf.
- Peti Besi atau Bilik Kebal.
Bahagian II : Prosedur Perolehan Bekalan Perkhidmatan dan Kerja
- Am.
- Pembelian, Tender dan Kontrak.
- Perabot dan Kelengkapan Pejabat.
- Percetakan dan Alat Tulis.
iii. Bab C Audit, Kehilangan dan Prosedur Hapuskira.
Baca juga kandungan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’ yang merangkumi:
- Penerimaan Barangbarang.
- Tuntutan.
- Sistem Penyimpanan Stok.
- Pelupusan Barangbarang.
- Kawalan-kawalan Barang Tak Luak.
Kemahiran menggunakan bahasa Inggeris
Jangan tidak tahu, bahasa Inggeris juga diaplikasikan di dalam sesi temuduga kerja sektor awam. Berdasarkan perkongsian pembaca-pembaca blog ini rata-rata daripada mereka disuruh memperkenalkan diri dan menyatakan alasan memilih sektor awam di dalam bahasa Inggeris.
Anda dipanggil ke exam online? Sebelum duduk, baca dahulu tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.
Bahkan ada temuduga yang dijalankan 50% dalam bahasa Inggeris. Terutama jawatan-jawatan kategori pengurusan dan professional. Jadi adalah menjadi satu hal yang kritikal untuk anda mempersiapkan diri dalam penguasaan bahasa Inggeris yang baik.
Kemahiran memperkenalkan diri
Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang baik dan hafal. Tips: Terangkan serba sedikit berkenaan anda dan latar belakang keluarga. Apa yang lebih menarik minat panel ialah latar belakang pendidikan anda. Tekankan lebih mengenai pengalaman kerja anda (jika ada).
Sambung belajar atau tidak?
Kadang-kadang panel penemuduga akan bertanya rancangan anda untuk melanjutkan pelajaran. Tips: Jawab ‘iya’ dan nyatakan peluang untuk melanjutkan pelajaran jika bekerja di sektor awam terbuka lebih luas.
Soalan jenis provokasi
Adakalanya, panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya – ‘kelayakan awak terlalu bagus untuk jawatan ini’. Tips: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Jangan cepat melenting dan jangan cepat membuat andaian. Juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi. Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan.
Contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1
Berikut kami senaraikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1 yang paling kerap ditanya. Bukan semua di bawah akan disoal. Ikut nasib anda la kan.
01. Cuba awak sebutkan tugas Pembantu Tadbir Kewangan.
02. Apa itu panjar? Panjar ada berapa jenis? Huraikan.
03. Apa itu sebut harga?
04. Apa itu tender? Ada berapa jenis?
05. Apa itu perolehan kerajaan. Apa yang paling biasa digunakan?
06. Sebutkan jenis perakaunan yang diamalkan di Malaysia.
07. Ceritakan apa yang awak tau mengenai belanjawan.
08. Beberapa soalan berkenaan Bajet 2019 (ikut tahun anda ditemuduga).
09. Dasar-dasar negara.
10. TN50
11. Lambang jata negara.
12. Integriti (soalan ni memang kerap diajukan).
13. Nama PM ,menteri kewangan pertama , menteri kewangan kedua, timbalan menteri kewangan pertama, timbalan menteri kewangan Kedua, KSN, DYMM YDPA, ketua perbendaharaan.
14. Soalan berkaitan masalah rasuah.
15. Sanggup dihantar ke Sabah dan Sarawak?
16. Anda diberi situasi. Ceritakan cara anda selesaikan.
Apa kehendak penemuduga?
Sebetulnya, panel bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih baik kelayakannya. Dalam mana-mana temuduga kerajaan, tidak kira : sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan (UKJK). Penilaian dan perhatian panel terarah lebih kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling utama – kesesuaian anda untuk jawatan berkenaan.
Hal-hal ini pula perlu diketahui dengan betul setiap satunya dan ia tidak dapat dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan. Jadi temuduga bukan semata-mata berkaitan akademik!
Sila jangan terlalu berharap kepada kelayakan akademik anda sahaja. Ia memainkan peranan yang begitu kecil.
Sebab itulah, anda amat disarankan memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga seperti di bawah.
Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah)
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W1? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Atau pun,
Bagi anda yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan anda!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1).
Selain itu,
anda juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan panduan lulus temuduga SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) anda jadi insan mulia
Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even anda gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1 ni, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati anda jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?
AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.
Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!
anda rasa?
4) Lebih masa main League of Legends
anda jangan acah-acah tak bersalah. anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda.
Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan panduan lulus temuduga SPA ni juga. anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
eBook akan dihantar melalui emel kepada anda.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu payment anda tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1!
Anda patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.
Selain itu,
Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.
Lakukanlah persediaan terhadap hal-hal yang dibincangkan di atas. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia mendambakan usaha dan persiapan yang rapi.
Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Tadbir Kewangan W1
Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
Seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W1 adalah bertanggungjawab:
Menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
Gaji Pembantu Tadbir Kewangan W1
Basic gaji Pembantu Tadbir Kewangan W1 ialah RM1,353.00.
Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W1 untuk kali ini.
Didoakan kejayaan anda dan selamat menduduki temuduga.
tips2 yg mnarik dan brguna kpda sy… tq..:)
Tq… Sgt bmanfaat.. sy jugak salah seorang calon utk jawatan ini…
sama la .. kena temuduga kat mane??
bgus sgt berguna tp neves sgt..klu da dip perlu ker bwk dip..tp msa aply dlu mmg isi bhgian dip pnye..
thanx…
sgt membantu sy..
tp sy ade dip mcm mane ek?
sy mohon untuk spm..
perlukan saya bg tahu penemuduga itu nanti?
bawak je lah..saya pun der dip gak..
semoga berjaya..sy harap sgt dapat keje ni..sbb ni kali ke2 saya di panggil temuduga.saya juga calon simpanan.brape pratus saya akan dapat keje ni????
betul ke temuduga dlm bahasa inggeris?? ada sape2 yg pernah dpt temuduga tak sebelum ni?? kongsikanlah pengalaman sbb sy pun calon jugak, xpernah dpt pun sebelum ni…. neves sgt2
interviu dlm bahasa melayu ja… dia mesti tanya jobs description. sy interviu bln 7 baru ni. Alhamdulillah dpt.
saya pon akan mghadiri interview lusa. tapi saya apply under spm.. perlu ke saya bagitahu ada diploma & bawa diploma saya? sebab takut kalau bawa diploma kne reject lak.
panduan yg boleh membantu…yg ade kelulusan dip pun bwk je…dlm permohonan dah ade rekod kte…interview half in bi half lg bm..=)
yg penting keyakinan mase menjawab soalan pihak penemuduga je.
resume dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris?
Dulu time interview SPP guna dip dpt jer….skrg dpt interview jwtn yg sama tapi SPA plak….hope x kena reject la kali ni…boring r keje kt sekolah…hehe…
ada x yg kna interview dlm bi??sy nerves la…apa lg soalan ek yg diorang tya??
tq its usefull 🙂
ooohhh tq sbb minggu depan ada temuduga PT kewangan nie….tq..tq…sgt2 berguna…
Tips yang boleh saya kongsi :
1. Bersedia. Kena tahu senarai tugas dan tangga gaji.
2. Jujur memberi kjawapan.
adwazeye.blogspot.com
baru lepas interview bulan lepas tuk AADK dan dia soal dalam bahasa English….tapi simple je,,xpyh pnjg2 penerangan….
Thank you. . .^_<
masih wujud ka ni?
nervous ni……1st time iv…kalau dlm bi lg takut….dh x power bi……
Tahniah
terima kasih banyak…sangat membantu 😀