Anda dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 pada 4 Disember 2025 ni? Selain jawatan Pegawai Laut AL9, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Penolong Pegawai Laut A5. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.
Isi Kandungan
Nota Penting: Sementara itu, bagi yg terpilih ke sesi temuduga Penolong Pegawai Laut A5 yg akan dijadualkan pada 23 Feb 2026 – 4 Mac 2026 ini (calon Semenanjung) bagi ambilan di Jabatan Laut Malaysia. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Laut A5 ini.
Kembali kepada topik, ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Laut A5.
Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Laut A5 Tahun 2026
Berdasarkan iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 13 Februari 2025, jumlah kekosongan jawatan Penolong Pegawai Laut A5 di Jabatan Laut Malaysia (Semenanjung) adalah sebanyak 14 tempat. Manakala, calon simpanan Penolong Pegawai Laut A5 yg diperlukan adalah sebanyak 75 orang sahaja.
Sementara, Jabatan Laut Malaysia (Sarawak) ada kekosongan sebanyak 12 tempat. Calon simpanan Penolong Pegawai Laut A5 yg diperlukan adalah sebanyak 60 orang sahaja.
Untuk Jabatan Laut Malaysia (Sabah) pula, dimaklumkan kekosongan adalah sebanyak 5 tempat. Calon simpanan Penolong Pegawai Laut A5 yg diperlukan adalah sebanyak 30 orang sahaja.
Ini adalah peluang baik anda. Ayuh mohon segera!
Baca – Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G5
Panggilan Ujian Psikometrik 2025
- PENOLONG PEGAWAI LAUT GRED A5 (SARAWAK)
(JABATAN LAUT MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 4 Dis 2025]
- PENOLONG PEGAWAI LAUT GRED A5 (SABAH)
(JABATAN LAUT MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 4 Dis 2025]
- PENOLONG PEGAWAI LAUT GRED A5 (SEMENANJUNG)
(JABATAN LAUT MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 4 Dis 2025]
Pautan semakan:
Gaji Penolong Pegawai Laut A5
Sebagai calon yang memohon Penolong Pegawai Laut A5, sudah pasti anda maklum bahawasanya kategori perkhidmatan Penolong Pegawai Laut A5 termasuk di dalam kategori Pelaksana.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Penolong Pegawai Laut A5, basic-nya adalah RM1,731.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM145.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Penolong Pegawai Laut A5 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pegawai Latihan E1
12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5
1) Boleh lah dikatakan saya terlalu sering menghadapi masalah menguruskan kewangan saya.
A. Betul
B. Salah
2) Saya lebih banyak memasang telinga bagi memerhati pendapat orang lain, berbanding mengeluarkan pendapat peribadi.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya berasa sakit hati apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya lebih baik daripadanya.
a. Setuju
b. Tidak Setuju
4) Saya merasa simpati terhadap rakan rapat yang menghadapi kegagalan.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Saya berasa cukup sukar mengelakkan diri daripada perkara yang tidak positif di tempat kerja.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya berpura-pura tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya lebih senang memendamkan perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya berikrar untuk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
12) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 ‘kadang-kadang’ turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan. Sila ambila perhatian – perkataan ‘kadang-kadang’ di situ. Boleh jadi ada, boleh jadi juga tiada.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.
Selain itu, bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Penolong Pegawai Laut A5 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Penolong Pegawai Laut A5.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB5
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Penolong Pegawai Laut A5. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan U9
Selami Sikap Baik Anda
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Bomba KB9
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.
Jawab sama ada: a) BETUL, b) SALAH atau c) TIDAK PASTI.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Serem tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi banyak contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5? Nak jawapan sekali serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP9
Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5
Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Penolong Pegawai Laut A5 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Laut AL9
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5?
Jawapannya – buat latih tubi.
Sebab itulah anda amat disarankan untuk mendapatkan rujukan umum ujian psikometrik di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik..
Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Penolong Pegawai Laut A5. Ini merupakan rujukan umum. Rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA. Peringatan: Adalah lebih baik anda hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!
Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)
Dah bersedia untuk ujian psikometrik bagi jawatan Penolong Pegawai Laut A5? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik ini adalah:
Atau pun,
Bagi anda yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan anda!
Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5).
Selain itu,
Anda juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada 8 sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even anda gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 ni, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati anda jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?
AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.
Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!
Anda rasa?
4) Lebih masa main League of Legends
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. Anda grab jer rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya
Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya.
Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
eBook akan dihantar melalui emel kepada anda.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu payment anda tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Anda patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5
Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5?
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.
Manakala ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Adakah Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 mempunyai status lulus dan gagal?
Oleh kerana bilangan calon yang memohon Penolong Pegawai Laut A5 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Laut A5 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.
Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Penolong Pegawai Laut A5 adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
Penutup
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang anda bukan calon Penolong Pegawai Laut A5.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Laut A5 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Laut A5.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!