Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan)

Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan) (Sabah) untuk ambilan di Jabatan Perdana Menteri serta di pelbagai kementerian / jabatan pada 21 Mei 2026 ini? Selain daripada jawatan Penolong Pegawai Penerbitan Gred N5, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Khidmat Am H1 ini. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 utk kemudahan rujukan anda sebelum menduduki ujian psikometrik pada kali ini.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan)

Ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini anda kena duduki dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus ujian psikometrik ini maka barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Khidmat Am H1 yang akan dijadualkan kemudian.

Nota Penting: Untuk anda yang terlibat dengan sesi temuduga Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan) utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia serta di pelbagai kementerian /jabatan (Sarawak) yg akan diadakan pada 23 Feb 2026 – 26 Feb 2026 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga dan bahan persediaan utk jawatan ni boleh anda dapatkan di soalan temuduga Pembantu Khidmat Am H1 ini.

Khusus untuk anda yang dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Am) (Sarawak) untuk ambilan di Jabatan Perdana Menteri serta di pelbagai kementerian / jabatan yg dijadualkan diadakan pada 5 November 2025 ini. Sila dapatkan maklumat penting dan bahan latih tubi berkenaan ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Am).

Kekosongan Jawatan Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan) Tahun 2026

Berdasarkan iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 15 April 2026, jumlah kekosongan jawatan Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan) di pelbagai kementerian / jabatan (Semenanjung) adalah sebanyak 965 tempat. Manakala, calon simpanan Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan) yg diperlukan adalah sebanyak 1500 orang.

Ini adalah peluang baik anda. Ayuh mohon segera!

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!

Semakan Ujian Psikometrik

  • PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMANDUAN) (SABAH)
    (JABATAN PERDANA MENTERI SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [ Tarikh PSEE: 21 Mei 2026]

Pautan semakan:

https://spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-penilaian-psee

Baca : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Belia Dan Sukan S1

Gaji Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan)

Sebagai calon yang memohon, sudah pasti anda sedia maklum bahawasanya kategori perkhidmatan Pembantu Khidmat Am H1 ini termasuk di dalam kategori Sokongan dan Pelaksana.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pembantu Khidmat Am H1, basic-nya adalah RM1,500.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM100.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ni. Maknanya anda telah memenuhi syarat la tu.

Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C5

Psikometrik Ni Apa?

Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement – Wikipedia.

Bidang psikometrik adalah berfokus pada pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat keperibadian, dan pencapaian pendidikan.

Konsep asas dlm teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yg mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.

Apakah Pula Ujian Psikometrik SPA Ni?

Dlm konteks negara kita, ujian psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan kemasukan ke sektor awam. Bagi mengasingkan calon-calon yg sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dlm kerajaan.

Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dlm sektor awam di Malaysia (termasuk jawatan Pembantu Khidmat Am H1 ni.

Proses penapisan ini adalah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Berikut dikongsikan beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 utk memudahkan pemahaman anda.

17 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan)

1) Boleh dikatakan saya agak selalu juga menghadapi masalah menguruskan kewangan.

A. Betul
B. Salah

2) Saya lebih banyak mendengar pandangan orang lain, daripada mengeluarkan pendapat peribadi.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik daripadanya.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya merasa kasihan terhadap sahabat yang menghadapi kegagalan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Saya berasa amat sukar mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif di tempat kerja.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya sedaya-upaya buat-buat tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya lebih selesa memendam perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya berikrar utk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus.

A. Ya
B. Tidak

12. Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Ya
Tidak

13. Saya menerima alasan daripada rakan yang tidak menepati janji.

Ya
Tidak

14. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

Benar
Salah

15. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain.

Benar
Salah

16) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

17) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?

A. 180
B. 150
C. 120
D. 60

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ‘kadang-kadang’ turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yang melibatkan pengiraan. Sila ambil perhatian – perkataan ‘kadang-kadang’ di situ. Boleh jadi ada, boleh jadi juga tiada.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.

Update terkini : Bermula tahun 2020, pihak SPA sudah tidak memasukkan lagi soalan berbentuk pengiraan dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1. Ini memang suatu kelegaan buat anda..

Selain itu, bagi yang mahukan tips yang lebih lengkap mengenai cara-cara menjawab ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Pembantu Khidmat Am H1.

Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penerbitan N5

Berapa banyak soalan latihan yang perlu saya ambil sebelum dikira bersedia untuk mengambil ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini?

Tiada jumlah pasti soalan latihan yang perlu anda ambil sebelum mengambil peperiksaan psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kerana keperluan latihan mungkin berbeza bagi setiap individu.

Tetapi, agar lebih bersedia untuk ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1, anda disarankan menjawab sebanyak mungkin soalan latihan psikometrik yang anda boleh dapatkan dan membuat analisis yang teliti mengenai jawapan anda. Kalau diberi dalam bentuk angka, mungkin sekitar 120 – 150 soalan sudah dikira memadai.

Bagi menentukan tahap persediaan, anda boleh mengambil beberapa ujian latihan psikometrik dan menilai hasil jawapan anda. Jika anda merasa yakin dengan jawapan anda dan sudah berasa cukup bersedia, anda boleh anggap diri anda siap sedia untuk mengambil ujian psikometrik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Namun, jika dirasakan masih ada kekurangan dalam jawapan anda, adalah dinasihatkan terus berlatih dan memperbaiki kualiti jawapan anda.

Sebagai tambahan, sila pastikan juga anda memahami konsep-konsep asas yang digunakan dalam ujian psikometrik ini seperti IQ, EQ dan AQ. Anda boleh mencari sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat yang cukup mengenai konsep asas psikometrik ini.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Baiklah. Seterusnya, apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pembantu Khidmat Am H1. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapi ujian online yang akan anda duduki kelak.

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pertahanan Awam KP1

Selami Sikap Baik Anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan..

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini memang direka khas utk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pemuliharaan S1

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.

A) BETUL

B) SALAH

C) TIDAK PASTI

So.. nak pilih yang mana? Pada dasarnya anda boleh pilih mana-mana satu di antara ketiga-tiga pilihan jawapan yg diberi. Boleh YA, boleh TIDAK dan boleh TIDAK PASTI. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Serem tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, utk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak, permainannya di situ!

Nak lagi banyak contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1? Nak sekali dengan jawapan serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad berbanding jumlah soalan yg amat banyak!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar utk dikesan!

Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV5

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1?

Jawapannya – buat latih tubi.

Sebab itulah anda amat perlukan rujukan ujian psikometrik di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik ini..

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Pembantu Khidmat Am H1. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah Pembantu Khidmat Am H1. Peringatan: Adalah lebih baik anda hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Khidmat Am H1? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik ini adalah:

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Atau pun,

Bagi anda yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan anda!

Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1).

Selain itu,

anda juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada 8 sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even anda gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ni, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati anda jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan) yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

anda rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

anda jangan acah-acah tak bersalah. anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. anda grab jer rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.

anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda.

Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada anda.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment anda tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

anda patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera rujukan contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini sebelum jualan ditutup!

Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1?

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.

Manakala, ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Adakah Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 mempunyai status lulus dan gagal?

Oleh kerana bilangan calon yang memohon Pembantu Khidmat Am H1 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Pembantu Khidmat Am H1 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.

Contohnya jika kekosongan ialah 30, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Pembantu Khidmat Am H1 adalah 300 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Penutup

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pembantu Khidmat Am H1.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (Pemanduan).

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Leave a Comment

error: Content is protected !!