Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada Bulan Mei 2026 ini? Selain daripada jawatan Pembantu Perangkaan E1, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Perawatan Kesihatan U1. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 utk kemudahan rujukan anda sebelum hadir ke ujian psikometrik nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Nota Penting: Adakah anda dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 (calon Semenanjung) pada 1 Feb 2026 – 13 Feb 2026 ini? Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini.
Kepada anda yg dapat panggilan PSEE Pembantu Perawatan Kesihatan U1 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Pengambilan Pembantu Perawatan Kesihatan 2026
Berita baik! KKM telah membuka pengambilan PPK Gred U1 untuk tahun 2026 di seluruh negara. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital, klinik kesihatan dan fasiliti KKM mengikut keperluan semasa.
- Tarikh tutup permohonan: 7 Ogos 2025, Hari Khamis, Jam11.59 malam.
- Jenis jawatan: Tetap / Kontrak (bergantung kepada penempatan)
- Penempatan: Seluruh Malaysia
Berikut adalah iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA pada 01 Ogos 2025 lalu:
Berdasarkan iklan ini, jumlah kekosongan jawatan embantu Perawatan Kesihatan untuk tahun 2025 ialah seramai 2 404 tempat. Dan calon simpanan sebanyak 3 500.
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang teramat tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 (SARAWAK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: Belum Diumumkan]
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 (SABAH)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: Belum Diumumkan]
Pautan Semakan :
Baca : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perangkaan E1
Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Sebagai calon yang memohon, sudah pasti anda sedia maklum bahawasanya kategori perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini termasuk di dalam kategori Pelaksana dan sokongan.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan U1, basic-nya adalah RM1,500.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM100.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Pembantu Perawatan Kesihatan U1 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.
13 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1
1) Boleh dikatakan saya agak selalu juga menghadapi masalah menguruskan kewangan.
A. Betul
B. Salah
2) Saya lebih banyak mendengar pandangan orang lain, daripada mengeluarkan pendapat peribadi.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik daripadanya.
a. Setuju
b. Tidak Setuju
4) Saya merasa kasihan terhadap sahabat yang menghadapi kegagalan.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Saya berasa amat sukar mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif di tempat kerja.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya sedaya-upaya buat-buat tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya lebih selesa memendam perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya berikrar utk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya
B. Tidak
12) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
13) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ‘kadang-kadang’ turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yang melibatkan pengiraan. Sila ambil perhatian – perkataan ‘kadang-kadang’ di situ. Boleh jadi ada, boleh jadi juga tiada.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.
Update terbaru : bermula tahun 2020, pihak SPA sudah tidak memasukkan lagi soalan berbentuk pengiraan dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Selain itu, bagi yang mahukan tips yang lebih lengkap mengenai cara-cara menjawab ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA5
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Hidupan Liar G1
Selami Sikap Baik Anda
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini memang direka khas utk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Teknologi Maklumat F9
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.
A) BETUL
B) SALAH
C) TIDAK PASTI
So.. nak pilih yang mana? Pada dasarnya anda boleh pilih mana-mana satu di antara ketiga-tiga pilihan jawapan yg diberi. Boleh YA, boleh TIDAK dan boleh TIDAK PASTI. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Serem tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, utk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak permainannya tak di situ!
Nak lagi banyak contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1? Nak sekali nagn jawapan serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad berbanding jumlah soalan yg amat banyak!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar utk dikesan.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir dan Diplomatik M9
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1?
Jawapannya – buat latih tubi.
Sebab itulah anda amat disarankan utk mendapatkan rujukan umum ujian psikometrik di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik..
Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1. Ini merupakan rujukan umum. Rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA. Peringatan: Adalah lebih baik anda hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!
Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)
Dah bersedia untuk ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik ini adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan korang!
Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1).
Selain itu,
Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada 8 sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?
AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.
Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!
Korang rasa?
4) Lebih masa main League of Legends
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya
Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya.
Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
eBook akan dihantar melalui emel kepada korang.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu payment korang tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1?
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.
Manakala ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Adakah Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 mempunyai status lulus dan gagal?
Oleh kerana bilangan calon yang memohon Pembantu Perawatan Kesihatan U1 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.
Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
Penutup
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!