Soalan Temuduga Pembantu Laut A1

Masih tercari-cari rujukan dan contoh soalan temuduga Pembantu Laut A1 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA pada 28 April 2026 – 30 April 2026 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Laut A1. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

contoh soalan temuduga Pembantu Laut A1

Nota Penting: Khusus untuk anda yg terlibat dengan Ujian Kompetensi Pemanduan Pembantu Laut A1 untuk penempatan di Jabatan Laut Malaysia yg dijadualkan pada 11 Mei – 11 Jun 2026 ini. Apa yang berlaku dalam sesi PAC ini? Ujian apa yang dibuat? Baca selengkapnya di Ujian Kompetensi Pemanduan Pembantu Laut A1 ini.

Untuk anda yg dapat panggilan ujian psikometrik Pembantu Laut A1 (calon Semenanjung) ambilan Jabatan Laut Malaysia pada 30 Mac 2026 ini. Buat persediaan sebaik mungkin! Takkan nak gagal memanjang kan? Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi anda di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Laut A1.

Kepada anda yang dipanggil menduduki peperiksaan Pembantu Laut pada kali ini ni, sila dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A1 ni untuk rujukan anda.

Penjadualan Temuduga Pembantu Laut A1

  • Pembantu Laut Gred A1
    (Jabatan Laut Malaysia (Semenanjung))
    [ Tarikh Temu Duga: 28 April 2026 – 30 April 2026 ]
  • Pembantu Laut Gred A1
    (Jabatan Laut Malaysia (Sabah))
    [ Tarikh Temu Duga: 29 April 2026 – 30 April 2026 ]
  • Pembantu Laut Gred A1
    (Jabatan Laut Malaysia (Sarawak))
    [ Tarikh Temu Duga: 29 April 2026 – 30 April 2026 ]

Pautan semakan:

https://www.spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-temu-duga

Jawatan kosong Pembantu Laut A1

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Laut Gred A1 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Laut Gred A1 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Untuk info, gred asal Pembantu Laut adalah A17, selepas itu menjadi A19. Dan kini telah tukar kepada A1. Kenaikan gred ini disertakan dengan penambahbaikan struktur gaji. Alhamdulillah..

Statistik pengambilan Pembantu Laut Gred A1

Menurut statistik daripada pihak SPA, bilangan permohonan yang diterima kali ini adalah seramai 6 017 orang. Bilangan calon yang layak temuduga adalah serami 607 orang. Jumlah kekosongan untuk jawatan Pembantu Laut Gred A1 cuma sebanyak 49 tempat sahaja.

Jangan lupa untuk selalu semak dan kemaskini SPA9

Jadi persaingan untuk mendapatkan jawatan ini adalah tinggi dan memerlukan seseorang calon bersedia dengan sepenuhnya. Kami di Blog Tips Kerjaya tidak ketinggalan berkongsi panduan dan petua menghadapi sesi temuduga untuk jawatan Pembantu Laut Gred A1 ini. Diharapkan ianya bermanfaat kepada para pembaca kami. Sebelum itu, mari kita lihat syarat lantikan dan gaji untuk jawatan ini.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Laut A1

Anda hendaklah mempunyai : Kewarganegaraan Malaysia; Umur 18 tahun atau lebih; dan Memiliki kelayakan :

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • (Gaji awal bermula pada Gred A1 iaitu RM1,500.00); atau

Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

  • (Gaji awal bermula pada Gred A1 iaitu RM1,500.00); atau

Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages.

  • (Gaji awal bermula pada Gred A1 iaitu RM1,561.00); atau

Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages.

  • (Gaji awal bermula pada Gred A1 iaitu RM1,561.00); atau

Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages.

  • (Gaji awal bermula pada Gred A1 iaitu RM1,622.00); atau

Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages.

  • (Gaji awal bermula pada Gred A1 iaitu RM1,683.00).

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jadual gaji Pembantu Laut Gred A1

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Laut Gred A1;

Gaji minimum – RM1,500.00

Gaji maksimum – RM4,034.00

KGT – RM100.00

*Di samping lain-lain elaun dan imbuhan yang layak diterima.

Tips menghadapi temuduga Pembantu Laut A1:

Anda hendaklah mengetahui bidang tugas sebagai seorang Pembantu Laut Gred A1.

Aspek Kewangan dan Personel

  1. Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  2. Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  3. Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  4. Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
  5. Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

Aspek Industri (Perkapalan)

  1. Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
  2. Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
  3. Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
  4. Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

Baca juga : 6 contoh jawapan yang mantap dalam temuduga

Aspek Keselamatan Pelayaran

  1. Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  2. Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  3. Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
  4. Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  1. Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  2. Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
  3. Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
  4. Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
  5. Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  1. Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  2. Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  3. Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
  4. Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Info tambahan : 44 faktor gagal temuduga SPA

Anda juga harus tahu dimanakah anda akan ditempatkan kelak

Sama ada di Jabatan Taman Laut Malaysia atau Marine Malaysia (Jabatan Laut Malaysia). Kenapa? Soalan temuduga akan berkisar mengenai tempat dimana anda ditugaskan kelak. Untuk sesi November ini, SPA membuat pengambilan untuk Jabatan Marine.

Dimana mencari maklumat tambahan mengenai Jabatan Taman Laut Malaysia?

Dapatkan maklumat mengenai carta organisasi, info Taman Laut, profail jabatan dan lain-lain perkara penting di laman rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia.

Dimana mencari maklumat tambahan mengenai Marine Malaysia (Jabatan Laut Malaysia)?

Dapatkan maklumat mengenai carta organisasi, info jabatan marine, profail jabatan dan lain-lain perkara penting di laman rasmi Jabatan Laut Malaysia.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut A1

  1. Introduce yourself please.
  2. Keja mana sekarang?
  3. Apa beza marine dengan maritim?
  4. Kenapa kapal perlu didaftarkan?
  5. Boleh beri situasi dimana kapal perlu didaftarkan semula walau dah daftar sebelum ni.
  6. Tatacara pendaftaran kapal. Sila jelaskan.
  7. Awak rasa Jabatan Laut Malaysia bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengerukan di jeti terminal penumpang ke tak?
  8. Pernah dengar sistem Ship Clearance System (SCS)?
  9. Apakah fungsi utama Perkhidmatan Trafik Maritim?
  10. Berikan 3 jenis kapal yang perlu mematuhi keperluan STRAITREP?

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut A1 di atas ni hanya bertujuan sebagai rujukan sahaja. Sudah tentu, lain calon maka lain pula soalan yang diajukan.

Baca: panduan temuduga Pembantu Pendaftaran KP19

Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Laut A1? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Laut A1

Atau pun,

Bagi anda yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan anda!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Laut A1).

Selain itu,

anda juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan panduan lulus temuduga SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even anda gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Laut A1 ni, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati anda jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

anda rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

anda jangan acah-acah tak bersalah. anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Laut A1 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda.

Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus temuduga SPA ni juga. anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada anda.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment anda tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Anda patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.

Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Laut A1. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Laut A1

Tugas Pembantu Laut A1

Seorang Pembantu Laut A1 adalah bertanggungjawab:

Membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Gaji Pembantu Laut A1

Basic gaji Pembantu Laut A1 ialah RM1,500.00. Ini belum termasuk elaun-elaun.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Laut A1 untuk kali ini.

Diharapkan panduan menghadapai sesi temuduga Pembantu Laut Gred A1 ini memberikan sedikit manfaat kepada anda. Kejayaan anda adalah tanda kebanggaan dan keberkesanan blog kami.

Selamat menghadapai sesi temuduga Pembantu Laut A1 dan semoga berjaya!

Leave a Comment

error: Content is protected !!