Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Anda dah lulus ujian psikometrik U1 dan kini dapat panggilan ke temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 (calon Semenanjung)? Syabas diucapkan! Jadi tgh cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 la ni kan? Khas untuk calon-calon temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 (calon SSPA) yang akan menduduki sesi temuduga yg telah dijadualkan pada 1 Feb 2026 – 13 Feb 2026 ini. Sila beri perhatian penuh terhadap perkongsian ini. Siapa tahu, mungkin post ini bakal merubah masa depan anda dan memberi sinar pada yang tersayang!

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 KKM

Nota Penting: Kepada anda yg dapat panggilan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 (calon Sarawak) untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 13 Oktober 2025 ini (utk calon Sarawak) dan 21 Okt 2025 ini (utk calon Sabah). Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh anda perolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.

Bagi yg terlibat dgn PSEE Pembantu Perawatan Kesihatan U1 pada kali ini. Seksyen A telah ditukar kepada Penilaian Psikologi Organisasi. Rujukan utk jenis penilaian ini belum pernah kami dan Tim InfoKerjaya keluarkan. Bagaimana pun, sebarang informasi terbaharu kami akan update di contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U1.

Semakan Penjadualan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 2025

  • PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 (SEMENANJUNG)
    (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
    (Temu Duga)
    [ Tarikh Temu Duga: 1 – 13 Feb 2026]

Pautan Semakan:

https://www.spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-temu-duga

Bagaimana memohon jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U1?

Sekiranya ingin memohon jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U1 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Berapakah gaji dan elaun Pembantu Perawatan Kesihatan U1?

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U1;

Gaji minimum – RM1,500.00
Gaji maksimum – RM3,001.00
KGT – RM100.00

Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1 layak terima.

Apakah deskripsi tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U1?

Secara ringkas, adalah bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Apakah ciri-ciri Pembantu Perawatan Kesihatan U1?

Paling penting adalah kesanggupan bekerja secara syif. Selain itu, kebolehan menerima dan menyerap tekanan, jujur, amanah, cekap menjalankan tugas dan patuh kepada arahan ketua jabatan.

Bacaan tambahan : 6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;

Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,500.00).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tempat Bertugas Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Sudah tentu di KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 (berkenaan kementerian / jabatan)

Percaya cakap kami, soalan temuduga yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian / jabatan / institut dimana anda bakal ditempatkan.

Dalam ambilan kali ini, sudah tentu berkaitan KKM.

Adalah patut untuk anda mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama penubuhan KKM.

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

Contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang paling lazim diajukan

Apakah dua contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. anda diminta memperkenalkan diri.

Tips – perkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.

b. Alasan kenapa anda memohon jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan U1.

Tips – bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti anda tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk anda memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri anda dengan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini.

Di bawah merupakan contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) atau Atendan Hospital yang anda boleh rujuk untuk persediaan temuduga anda nanti.

  1. Siapakah nama Menteri Kesihatan yang menaungi KKM?
  2. Terangkan tanggung jawab KKM di Malaysia.
  3. Sebagai seorang PPK, bagaimana anda melayani pelanggan yang datang ke klinik?
  4. Apa yang anda faham tentang logo KKM?
  5. Klinik dan hospital mempunyai perbezaan dari segi apa?
  6. Beri contoh-contoh kempen kesihatan yang dianjurkan KKM.
  7. Bolehkah anda bekerja secara syif?
  8. Bagaimana anda menguruskan tekanan kerja PPK?
  9. Apakah aktiviti yang pernah anda lakukan berkaitan dengan PPK?
  10. Apa warna pakaian bagi PPK?
  11. Terangkan tugas-tugas PPK di klinik.
  12. Berikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang PPK.
  13. Bolehkah anda menguruskan pesakit yang sudah berusia?
  14. Bagaimana reaksi anda dengan darah dan najis, boleh tahan?
  15. Apa kaitan Rukun Negara dengan PPK?
  16. Apa yang anda faham mengenai integriti?
  17. Bolehkah anda menjalankan kerja-kerja menyelamat seperti CPR?

Antara topik yang dicadangkan untuk diulangkaji meliputi :

Bidang tugas jawatan ni,

Di mana jawatan ini akan ditugaskan,

Dasar-dasar negara,

National Key Result Areas (NKRA),

Strategi Lautan Biru Kebangsaan,

Sebelum tu,

Jangan lupa semak lokasi temuduga anda sebelum hadir. Jangan sampai, sesat pulak pada hari kejadian. Nanti free-free je gagal temuduga latihan separa perubatan. Bahkan boleh di-blacklist oleh SPA. Peluang anda boleh musnah sama sekali.

Ramai Gagal Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Ni sedih ckit. Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon dalam proses temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1.

Antara yang dikenalpasti adalah :

  • Tidak tahu apa soalan yang bakal dikemukakan
  • Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan
  • Tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga

Ramai calon gagal menjawab soalan dengan baik semasa temuduga diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang akan diajukan panel.

Faktor di atas inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan calon. Termasuk juga tidak pandai ‘mengambil hati’ panel, penampilan ‘selekeh’ dan lain-lain.

Tidak setakat itu sahaja. Faktor kegagalan dalam menyediakan resume Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang ‘menggiurkan’ kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon lulus temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1.

Sayang bukan?

Sudah tentu anda tidak mahu jadi seperti mereka!

Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Atau pun,

Bagi anda yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan anda!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1).

Selain itu,

Anda juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan panduan lulus temuduga SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even anda gagal sekalipun dalam temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ni, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati anda jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

anda rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

anda jangan acah-acah tak bersalah. anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda.

Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus temuduga SPA ni juga. anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada anda.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment anda tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Anda patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.

Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.

Confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Kami tak janjikan anda lulus. Apa yang kami recommend ni adalah rujukan terbaik yang ada di pasaran. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 anda.

Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang akan anda hadapi pada tahun ni.

Contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki temuduga!

Lain-lain temduduga

Bagi yang turut menerima panggilan temuduga bagi lain-lain jawatan SPA, berikut beberapa contoh soalan temuduga SPA yang boleh anda jadikan rujukan. Moga ada manfaatnya..

24 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1”

  1. Sya iv nextweek 21hb . Sya sbrnya xde persediaan tp ambil rujukan kat sni je. Lg pun sya bkan dlm skip kshtan sblm ni 🤣🤣 I try my best jer la..

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!